SEJARAH KANGEN WATER
Sejarah Penyelidikan Air Kangen
Kangen ialah bahasa Jepun, bermakna "Kembali Ke Asal atau Fitrah". Apabila ia dikaitkan dengan air maka ia menjadi “Air Kangen” yang membawa maksud ..
“Air bercaj negatif, beralkali, anti-oksida, kandungan elektron yg tinggi, telah distruktur semula, struktur molekul air mikro, tinggi kandungan aktiv hidrogen, mengurangkan oksidasi dan air meningkatkan tenaga hayat dan kuasa membaiki sel-sel badan”.
Air Kangen adalah bersifat anti-oksida yang sangat tinggi mungkin lebih berkuasa dari apa saja makanan kesihatan dan vitamin yang ada didunia kerana Air Kangen mengandungi hydrogen aktif (H) yang membekalkan jumlah kandungan electron tambahan (e-) yang tinggi didalam badan kita dan membaiki radikal bebas oksigen (oksigen aktif) dengan mengubahnya menjadi air semula jadi (air kangen). Kesannya tubuh kita mampu membuang keluar toksin dan menstabilkan asid didalam badan kita.
Air Kangen telah digunakan di Jepun sejak 40 tahun yang lalu. Ia telah membuktikan bahawa ia mampu menstabilkan radikal bebas, mengaktifkan semula sel-sel penting seperti DNA dan meningkat kuasa sistem imunisasi untuk meningkatkan keupayaan tubuh merawat dirinya sendiri.
Dengan menukar kombinasi Hydrogen & Oxygen dan melalui proses ionisasi, mesin LeveLuk SD501 mampu menghasilkan air alkali dan juga air asidik. Alkali untuk diminum dan asidik untuk membasmi kuman. Mesin ini telah dikenali di Jepun dalam bidang perubatan dan ia dinamakan mesin penghasil ‘Air Kangen’ dan ‘Air Asidik Tinggi’.
Mesin Perubatan ini telah mendapat lesen sebagai Mesin Perubatan dari Kementerian Kesihatan Jepun dan mendapat sokongan dari The Japan Association of Preventive Medicine for Adult Disease dengan keanggotaan 6,600 doktor seluruh Jepun..
No comments:
Post a Comment